JADUAL PENGGUNAAN PSS

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SMK AGAMA KUALA SELANGOR,
PASIR PENAMBANG,
                                                                                      45000 KUALA SELANGOR.                                                     

JADUAL PENGGUNAAN UMUM PUSAT SUMBER SEKOLAH
TAHUN 2015

Hari
Masa
Isnin
3.15 – 4.45 petang
Selasa
3.15 – 4.45 petang
Rabu
Aktiviti Kokurikulum
Khamis
Aktiviti 1 Murid 1 Sukan
Jumaat
3.15 – 4.45 petang
Sabtu
9.00 – 11.00 pagi


PERINGATAN:

1.                   Pelajar digalakkan masuk ke pusat sumber khususnya bagi tingkatan yang telah ditetapkan ( rujuk Jadual Penggunaan Pusat Sumber Sekolah Mengikut KelasTahun 2015 ) yang diedarkan.
2.                   Pusat sumber sekolah dibuka PAGI pada waktu persekolahan ( 7.30 pagi hingga 2.50 petang bagi hari Isnin dan Selasa, 7.30 pagi hingga  2.15 petang bagi hari Rabu dan Khamis serta 7.3 pagi hingga 12.30 tangahari bagi hari Jumaat ) di bawah penyeliaan guru-guru mata pelajaran mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran ( pelajar DILARANG masuk tanpa pengawasan guru ). Manakala  pada  waktu PETANG  dibuka  pada waktu  yang  telah  ditetapkan  ( rujuk jadual di atas ).
3.                   Pusat sumber tidak akan dibuka sekiranya terdapat aktiviti rasmi sekolah yang diadakan pada waktu tersebut.
4.                   Pelajar dikehendaki keluar dari pusat sumber pada waktu yang ditetapkan ( selepas loceng dibunyikan ). Pelajar mesti PATUH kepada arahan Pembantu Perpustakaan atau Pengawas Pusat Sumber yang bertugas.
5.                   Proses PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU dijalankan pada waktu PETANG sahaja.
6.                   Tempoh peminjaman buku biasa adalah SEMINGGU bagi buku biasa dan SEHARI bagi buku rujukan dank has ( bertanda merah ). DENDA akan dikenakan sebanyak 10 SEN sehari bagi setiap buku yang lewat tarikh ( buku biasa ) dan 20 SEN sehari bagi setiap buku yang lewat ( buku rujukan dan khas ) dipulangkan.
7.                   Proses pemulangan buku akan DIANJAKKAN keesokan harinya jika hari pemulangan yang telah ditetapkan adalah Hari Cuti Umum atau pusat sumber ditutup atas sebab-sebab tertentu ( tidak dikenakan denda ).
8.                   Pelajar DILARANG makan, minum, tidur, menconteng dan membuat bising di dalam pusat sumber.

9.                   JAGALAH kebersihan, ketenteraman dan keharmonian pusat sumber sekolah kita. 

2 comments:

  1. Kalau pada waktu malam ada guru yang datang bertugas ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam tak buka... petang je... bagi murid buat kerja rumah...

      Delete